Terdapat tiga border yang Abang Travel pickup, iaitu border Bukit Kayu Hitam, Padang Besar dan Rantau Panjang. 

Sekarang sudah ramai orang Malaysia yang melancong ke Thailand, jadi jika anda pergi semasa cuti sekolah/public holidays/weekend , anggaran masa untuk setel cop passport Malaysia adalah 1-2 jam dan sama juga dengan border Thailand akan ambil masa 1-2 jam beratur. 
BORDER BUKIT KAYU HITAM
Bagi border Bukit Kayu Hitam,  anda hanya perlu drive thru ketika cop passport di Imigresen Malaysia Bukit Kayu Hitam. Wajib bagi passport setiap orang disini untuk cop passport keluar Malaysia , jika anda tidak cop, perlu patah balik dan beratur semula untuk cop passport. 
Setelah cop passport, anda perlu ke Free duty Bukit Kayu Hitam untuk park kereta disitu. Parking disini berbayar .
Untuk lebih faham cara nak masuk ikut bukit kayu hitam, sila tekan link video dibawah.
VIDEO PARKING DI BUKIT KAYU HITAM
KEADAAN DI BORDER BUKIT KAYU HITAM KETIKA PEAK SEASON
Setelah parking kereta di Free Duty Bukit Kayu Hitam, anda akan berjumpa dengan Team Abang Travel disini  Untuk Bukit Kayu Hitam, setengah Van boleh masuk ikut keadaan polis thailand, ada setengah tidak boleh masuk ke Free Duty untuk pickup anda.

Jika Van tidak boleh masuk, anda perlu jalan kaki sejauh 150 meter ke imigresen thailand sewaktu pergi dan balik. Van Thailand akan tunggu selepas cop passport Thailand.
BORDER PADANG BESAR
Bagi anda yang drive ke Border Padang Besar, driver boleh drop dulu penumpang dan luggage di sini. Seterusnya driver perlu park kereta di area Arked Niaga Padang Besar. 
Parking berbayar di area Arked Niaga Padang Besar
LOKASI PARKING BERBAYAR PADANG BESAR
Jika anda ke Padang Besar menaiki ETS TRAIN atau KTM, anda perlu ambil grab ke Imigresen Malaysia. Van Thailand tidak boleh cross border untuk pickup di KTM Train Station Padang Besar. Atau anda boleh jalan kaki menggunakan jejantas yang disediakan. 
VIDEO JEJANTAS
BORDER RANTAU PANJANG
Bagi Border Rantau Panjang, Van Thailand hanya pickup selepas cop passport Thailand. Jadi anda perlu jalan kaki sejauh 400-500 meter ke Border Thai. Ada disediakan motor sapu jika anda tidak boleh berjalan. SILA TAKE NOTE !!
Anak panah ini menunjukkan tempat parking kereta di Border Rantau Panjang, sebelum sampai di Border Rantau Panjang, sebelah kanan.
VIDEO BORDER RANTAU PANJANG KLIK SINI